Widget

[HTML][recentbylabel]

Tips Blogger

[Tips%20Blogger][recentbylabel]

Tugu Tambunan Edited By A.Godion

Tugu gombunan edit by godion design

Beberapa hari minggu yang lalu, saya meluangkan masa untuk melawat ke tamu besar Tambunan yang berdekatan dengan tugu Gombunan. Saya tak terfikir nak edit gambar seperti ini, bila mendapat tahu tugu Gombunan ini boleh tahan juga gayanya. Saya terus mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit sahaja sebesar 2k kualiti gambar.

Gambar dibawah ini adalah gambar asal sebelum disunting. Jika kita masuk ke dalam, kita akan lihat ringkasan cerita mengenai sejarah penubuhan Tambunan ini. Bagi mereka yang belum tahu akan asal usul penubuhan daerah Tambunan ini, anda boleh semak dihalaman ini.

Tugu gombunan edit by godion design sebelum

Jika anda tertarik dengan hasil kerja saya ini dan ingin menggunakan gambar ini sebagai hal-hal anda. Anda boleh mendapatkan file tersebut secara percuma full Hd melalui link button dibawah ini.

Amaran keras daripada saya, jangan jual atau jangan gunakan gambar ini sebagai hak cipta anda. 
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan, hal-hal lain dan sebagainya. Jangan malu dan jangan segan untuk tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dan terima kasih.

Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain

Bagaimana cara-cara membuat pengesahan atau lebih dikenali sebagai Ownership Verification keatas pemilik blog yang menggunakkan url custom domian non-hosted seperti com, net, gov dan sebagainya di Google webmaster (google search console).

Membuat Ownership Verification

Ini bergantung kepada jenis tempat pembelian domain. Pelbagai banyak jenis tempat pembelian yang ada di internet namun google lebih cadangkan anda untuk menggunakkan Godaddy dan namecheap. Jika sudah terlanjur, tidak mempunyai masalah. Yang penting anda tahu cara memasang atau menambah rekod DNS pada domain di tempat pembelian domain yang anda gunakan.

Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain Di Google Webmaster:

Pada dashboard Google Webmaster, pergi ke add property → masukkan url blog custom domain anda di bahagian domain, contohnya seperti dalam gambar rajah 2 tanpa http → Continue.

Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain

Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain

Copy code yang diberikan dan letakkan ke DNS Manage Godaddy ataupun namecheap. Bergantung kepada "dimana site domain yang anda beli".

Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain

Selepas itu, tambahkan record DNS dan tukarkan kepada:
TEXT : TXT
HOST : @
Txt Value : Letak kan code yang diberikan oleh google webmaster tadi
Selepas itu, save record dan klik Verify.

Untuk lebih detail lagi tentang cara membuat Ownership Verification untuk custom domain blog, anda boleh tonton video dibawah ini.


Sekian untuk Cara Membuat Ownership Verification Untuk Custom Domain. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Terima kasih.

Cara Submit Url Di Google Webmaster Terbaru

Kaedah baru bagaimana cara yang paling tepat untuk submit url page link blog atau pautan halaman laman web kita ke google webmaster / Google Search Console untuk versi terbaru agar blog kita muncul dalam carian Google.

Cara Submit Url Di Google Webmaster Terbaru

Berbeza dengan versi Google Webmaster yang lama, lebih simple dan advance namun untuk yang versi Google Webmaster terbaru ini pula, lebih simple lagi dan sangat mudah untuk digunakan berbanding dengan versi yang lama. Mungkin anda belum biasa menggunakan tools ini. Jangan risau kerana disini akan saya ajar anda "macam mana cara submit url" di google webamster terbaru dengan ringkas sahaja.

Cara Submit Url Di Google Webmaster Terbaru:

1  Pertama, masuk ke Google Webmaster.

2  Klik button Search Console atau Sign in.

3  Copy page link blog anda yang ingin kamu submit ke Google Search Console.


4  Pergi ke Google Webmaster dan klik URL inspection. Paste page link dan Entre.


5  Klik request indexingverify pengesahan non-robot ➞ klik verify ➞ Selesai.


Begitulah cara yang paling tepat untuk submit url page link kita ke Google Webmaster. Jika anda mempunyi sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dari saya Godion DesignCara Submit Url Di Google Webmaster Terbaru terima kasih.

Membuat Nombor Lingkaran Dengan CSS (Style Bulat)

Bagaimana cara nak membuat atau memasang nombor perkataan lingkaran bergaya di blogger jenis style bulat / bujur. Mungkin, elemen ini anda pernah lihat di mana-mana blog yang berkenaan. Oleh itu, disini akan saya kongsikan kepada anda bagaimana cara membuat / memasang elemen nombor via CSS tersebut dengan mudah untuk pengguna blogger sahaja.

Membuat Nombor Dengan CSS (Style Bulat)

Elemen yang telah saya reka ini tidak lah seberapa cantik yang anda sangka kan, ini sekadar gaya dan susunan sahaja. Sila klik result dibawah sini untuk melihat contoh code yang kita akan buat disini.


Cara Memasang Nombor Dengan CSS (Style Bulat)

1 Pertama, salin kode dibawah ini dan letak kan diatas sebelum code </b:skin>.

/* Nombor elements By Godion Design */
num{color:#fff;font-family:Consolas,'Courier New',monospace;font-size:88.3%;background-color:#f39c12;padding:5px 10px;border-radius:20px;}
num{font-family:"Courier 10 Pitch",Courier,monospace;word-wrap:break-word;font-weight:900;font-size:110%;}abbr,acronym{border-bottom:1px dotted #e6e6e6;cursor:help}

Sila tukarkan #f39c12 kepada warna pilihan anda.

2 Gunakan kode ini apabila anda ingin menggunakan elemen ini:

<num>Angka Nombor Disini</num>

Jika anda tertarik dengan elemen saya ini, sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah ini. Demikian untuk Membuat Nombor Dengan CSS (Style Bulat) by Godion Design. Sekian dan terima kasih.

Cara Menyembunyikan Widget Hanya Di Paparan Mobile

Bagaimana cara nak menyembunyikan, membuang ataupun menghilangkan widget, javascript, Html, ataupun kode CSS tertentu hanya di paparan mobile sahaja. Maksudnya disini ialah, kalau visitor menggunakan mobile ke laman web kita, maka mereka akan melihat widget yang tertentu sahaja. Jika visitor menggunakan paparan laptop / screen besar pula, nampak penuh.

Cara Menyembunyikan Widget Hanya Di Paparan Mobile

Menyembunyikan widget untuk paparan mobile adalah sangat berguna bagi mereka yang menggunakan custom template sebab tidak semua template yang sesuai dengan tampilan mobile (layar kecil). Oleh itu, eloklah kita ubah suai template tersebut agar loading script dalam blog kita sesuai dengan loading mobile.

Cara Menyembunyikan Widget Tertentu Hanya Di Paparan Mobile

1  Langkah Pertama, sila lihat terlebih dahulu "widget apa yang anda ingin hilangkan" di paparan mobile. Contohnya disini ialah, saya ingin menyembunyikan widget Popular Post. Caranya ialah, pergi ke Layout edit widget yang anda ingin hilangkan ➞ semak widget id.

Semak widget Id di blogger

2  Selepas itu, pergi ke Theme Edit HTML  cari nama widget id tadi pada Jump To Widget.

Cara Menyembunyikan Widget Hanya Di Paparan Mobile

3  Seterusnya, mark code tersebut seperti dalam gambar rajah dibawah sini dengan cara klik hold shift+klik hujung kiri code dan hujung kanan code. Jangan mark secara drag kerana kode akan terbuka luas. Selepas anda sudah mark, klik nombor hujung kiri code tersebut. Lihat gambar dibawah ini untuk lebih detail.

Cara Menyembunyikan Widget Hanya Di Paparan Mobile

4  Selepas itu, kode akan nampak seperti ini:

<b:widget id='PopularPosts1' locked='false' title='Popular Posts' type='PopularPosts' version='1'>
<b:widget-settings>. . .</b:widget-settings>
<b:includable id='main'>. . .</b:includable>
</b:widget>

Sila tambahkan kode ini selepas <b:includable id='main'>.
<b:if cond='data:blog.isMobileRequest == "false"'>

Tambahkan juga kode ini sebelum kode </b:includable id='main'>.
</b:if>

Maka, hasilnya nanti akan jadi macam kode dibawah ini.
<b:widget id='PopularPosts1' locked='false' title='Popular Posts' type='PopularPosts' version='1'>
<b:widget-settings>. . .</b:widget-settings>
<b:includable id='main'><b:if cond='data:blog.isMobileRequest == "false"'>. . .</b:if></b:includable>
</b:widget>

5 Terakhir, sila save Theme dan lihat hasilnya dengan menggunakan mobile (smartphone).

Jika tidak berhasil dan berlaku error, sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini kerana tidak semua jenis template / widget yang sama dengan contoh diatas ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda disana, sekian dari Godion Design - Cara Menyembunyikan Widget Hanya Di Paparan Mobile.

Wajibkah Memakai Blog Domain Di Blogger

Kenapa kita perlu memakai domain, adakah ia sesuatu tindakan yang wajib untuk mereka yang memiliki website? Sebenarnya tak perlu pun tiada masalah. Cuma, jika kita menggunakan custom domain ini, kita tidak terlalu terikat dengan syarat & kebajikan program Blogger. Malahan, tools dan program pengiklanan sekarang ini lebih mendahulukan kepada laman web yang menggunakan blog domain.

Wajibkah Memakai Blog Domain

Kesan Kepada Google Adsense?

Dari segi pendapatan Google AdSense. Blog custom domain akan berpeluang mendapatkan akaun penuh dari Google AdSense. Malahan, purata pendapatan dari sumber iklan Google AdSense ini jauh lebih banyak daripada domain percuma. Untuk blog bukan custom domain seperti blogspot, ia terikat dengan blogger dan tidak berpeluang untuk mendapatkan akaun penuh dari Google AdSense. Boleh dikatakan, blog bukan custom domain ini hanya menumpang sahaja.

Kesan Kepada Carian Google?

Dulu, menggunakan domain percuma pun tidak mempunyai masalah. Ia terlihat seperti custom domain di carian google. Namun, selepas era baru akhir tahun 2018 yang lalu. Google telahpun membezakan antara blog domain dengan blog custom domain. Jika kita menggunakan blog domain, kita akan lihat di carian google yang mana, setiap post atau tajuk konten blog kita yang terindex di google carian akan ditambahkan perkataan seperti blogger.com. Jadi, perkara ini tidaklah menganggu sangat cuma tajuk artikel kita tidak akan terpapar dengan penuh akibat penambahan perkataan itu.

Kesan Kepada Program Pengiklanan?

Bagaimana pula kesan kepada program pengiklanan seperti Propellerads, pengiklanan Bitcoin dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, program sekarang lebih mendahulukan kepada top domain iaitu blog yang menggunakan custom domain. So, pilihan ditangan anda sama ada menggunakan domain percuma ataupun custom domain.

Itu sahaja yang boleh saya sampaikan mengenai pemakaian blog domain percuma dengan custom domain berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Jika anda mempunyai sebarang penambahan, pertanyaan dan sebagainya, sila tinggalkan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dari Godion Desing dan terima kasih.

Membuat Sitemap Paling Ringan Tanpa Kode CSS

Pernahkah anda terfikir bagaimana cara nak membuat widget sitemap paling ringan di dunia tanpa menggunakan kode CSS untuk blogger?

sitemap wallpaper vector 2d by godion design

Tujuan sebenar membuat sitemap ini adalah supaya konten, artikel ataupun catatan yang telah kita terbitkan (publish post) akan terindex oleh google carian. Namun, pelbagai  banyak jenis sitemap yang telah dibuat di internet dengan gaya dan bentuk yang menarik. Namun, pada dasarnya ialah dari kode dibawah ini.

Saya sendiri pun menggunakan jenis sitemap yang menggunakan CSS agar terlihat lebih cantik dan sedap mata memandang. Namun, bagi mereka yang lebih mementingkan kecepatan blog, saya lebih cadangkan untuk menggunakan kod sitemap dibawah ini. Walaupun buruk, tetapi yang penting berfungsi dengan baik.

Cara Buat Sitemap Ringan Tanpa CSS

1   Login akaun Blogger

2   Buat Halaman Baru

3   Copy kode dibawah ini dan paste di HTML.

<script src="https://cdn.rawgit.com/D-dig/js/gh-pages/sitemap1.js"></script><script src="http://www.godiondzgn.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>

Sila tukarkan url blog http://www.godiondzgn.com dibahagian yang di highlight kepada url blog anda.

4  Klik publish dan lihat hasilnya. Jika tidak berfungsi, sila edit semula dengan menukarkan http kepada https. Hasilnya seperti dalam code dibawah ini.

Sebelum:
....<script src="http://www.godiondzgn.com/feeds/posts.....

Selepas :
...<script src="https://www.godiondzgn.com/feeds/posts.....

Begitulah cara membuat sitemap paling ringan tanpa menggunakan CSS di blogspot. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, pertanyaan dan sebagainya. Sila tanggal kan ulasan anda pada ruangan komen dibawah sini. Sekian dari saya Godion Design dan terima kasih.
Notification
Promo sebelum Hari Raya AidilFitri:
Dapatkan promosi sebanyak 70% potongan harga dari Shopee:

Shopee Raya 70% OFF
Done